Saturday, January 16, 2016

Hargai selagi masih bernafas

Hidup penuh dengan ujian.Penuh dengan cabaran.Penuh dengan dugaan.Andai kita tak kuat,kita mampu rebah.Tersungkur.Hilang segala.Hilang dalam diri sendiri.

Kata orang hidup ini hanya pentas dunia.Kita pelakonnya.Pelakon yang berbakat.Yang bagus,maka eloklah lakonannya.

Ada yang hidupnya baik dan elok sahaja.Ada yang hidupnya bahagia sentiasa.Syukur.Bersyukurlah.Kerana tak semua bernasib baik sepertimu.

Bagi yang hidupnya tak seperti yang diharapkan.Tak seperti diidamkan.Jangan gusar.Jangan bersedih.Kerana ada manis disebalik segala kedukaan.Mungkin bukan pada masa ini.Tapi masa akan datang.Dikala itu baru kita tersedar betapa manisnya dan indahnya hidup.

Hidup ini hanya sementara.Hargai selagi masih benafas.

No comments: