Thursday, January 14, 2016

Bila berbicara soal hati.

Kamu. Ya kamu.

Aku tahu kamu sedang membaca. Dan aku juga tahu kamu sentiasa ambil tahu. Kamu sayang aku? Aku juga sayang kamu.Ikhlas dari hati.

Kamu.

Kamu tahu kamu teramat istimewa buat diri aku? Kamu yang pertama berada dalam fikiran setiap kali aku buka mata dan kamu juga yang terakhir berada dalam fikiran sebelum aku lelap mata.
Dan kamu juga menghiasi setiap mimpi mimpi malamku.

Kamu.

Hati ini tidak betah untuk melupakanmu. Hati ini tidak betah menolak kehadiranmu. Hati ini tidak betah berjauhan denganmu. Tidak sama sekali. Kerana hati ini sentiasa menginginkanmu. Kamu ada dalam setiap bayanganku. Bayangan dirimu disisiku. Bayangan dirimu memelukku. Bayangan dirimu tersenyum padaku. Ah. Aku buntu.

Kamu.

Kamu tidak pernah ungkap kamu cinta pada aku. Kamu tidak pernah ungkap yang kamu sayang pada aku. Tapi hati ini tetap yakin yang kamu juga sayang padaku.

Ah.Mainan perasaan.

Hati ini bercelaru.


No comments: